Wednesday, May 30, 2012

KITA

Seronok dapat bersama kalian lagi-lagi dengan yang tercinta yang tersayang . bunga-bunga nie :D masa yang berjalan rasa sekejap je berlalu, tak boleh nak berenggang langsung . tambah pulak kalau tengah bahagia takde gadoh-gadoh kan ?! plan weekend ada je tak pernah nak duk diam kat rumah . so setiap kali weekend pasti seronok dengan aktiviti-aktiviti .

the story begin bila kami dah terlajak ke kenduri Along kawen kat Pahang jauh bukan ? bukan senang nak sampai kat tempat orang nie so alang-alang dah ke sana merewang-rewang lah kami merata-rata . amek kesempatan sebab kalau nak tunggu nk amek cuti memang susahlah kan nak jalan sama-sama .

so time kenduri along kami bermalam kat sana suasana kampung memang aku suka tapi tempat orang biasalah bukan aku reti nak bawak diri pun tapi nasib baiklah family belah sana baik-baik :) terima kasih . then lepas kenduri kami ber'over' night kat Teluk Kemang, POrt Dickson memandangkan my kak dada ada program lepas kenduri so kami decide nak bermalam kat sana je . jadi dengan itu bermula lah kisah gila kami kat sana .


hello Port Dickson we are coming . yiihhhaaa :D


bila dah mula bosan aktiviti-aktiviti seperti ini biasa . 


i love u more than u would ever know 


bila dah seronok jadi itik 


COCOBAY CONDO RESORT 

ok ends story kat Port Dickson now kita ke Genting Highland tuk kesekian kalinya yeaay . berseronok-seronok pulak kat sana . wah kali nie memang best semua kami dapat main kalau dulu pergi pun ada yang kami tak dapat nak main . kali nie even mainan bodoh kanak-kanak pun kami layankan je . see kepala gila kan semua :D 


fokus mainan yang kat belakang tu gila habis jantung, hati hilang kejap seraammm 


roller coster gilalah dapat naik menatang nie . awesome !


venue : atas boat 
mood : romantic 
this is the most amazing moment in my life, romantik sikitlah b ! 
i LOVE u too


sikit-sikit cukuplah upload gambar dalam blog nie dah berat rasanya :D 

thanks guys, thanks b bawak i jalan-jalan lagi tapi lepas nie nak pergi jauh-jauh pulak tau . the moment we spent together are the most sweetest memory ever ! love u .

Friday, May 25, 2012

L.O.V.E

:D
jeng jeng jeng . i am back in love weyh . seronok bukan jatuh cinta ? tapi sekarang dah rasa bercinta dengan ustaz je nak buat apa semua terhad tapi bagus lah sebab kerja aku sekarang pun dah train aku tuk menjadi yang lebih baik like what my ayah want it so much itulah sebab aku dicampakkan kat sini . nampak tak hikmah nya kat situ ?! Alhamdulillah . cahaya cahaya :) sekarang dah nampak wajah aku yang semakin suci nie bukan ? wink wink wink >_<

kami bercinta tapi tak macam orang lain sangat yang beria duk 'in a relationship' bagai dalam facebook tuh kami nie langsung tak berkawan dalam facebook  . berapa kali dah remove dari friend list :0 dan blackberry messenger pun kami dah remove masing-masing . ehemm bukan remove tapi tak berBBM pun kami hanya bertexting . see, nampak tak kat situ kepercayaan terhadap each other sangat tinggi ?? oh goddd !

tak kesahlah macamana pun harap jodoh kami sampai ke akhir hayat . amin .

i love u, B

Wednesday, May 23, 2012

maaf

tiada kata yang paling mulia selain maaf dan memaafkan orang sekeliling kita. sebab tuh masa aku hadiri kursus tempoh hari Ustaz ada berpesan sebelum tidur minta maaf dengan semua orang sebab terkadang kita tak pernah sedar yang kita dah pun menyakiti hati orang dan yang paling penting memaafkan orang. macamana kita nak orang memaafkan kita macam tu jugak lah kita kena memaafkan orang. itu pesan Ustaz . see, ingat aku TIDUR ke dalam dewan time slot-slot tuh ? nampak tak ilmu yang aku dah dapat ? hahaa :D itu belum tambah lagi dengan note-note yang dah aku catit. 

the most important thing is in real life cakap memang nampak mudah, simple je bukan ? tapi pernah ke kita terasa benda tuh sesimple as it just a word ? cakap je dah maafkan tapi hati ? still berdendam . maaf kalau aku dah sakitkan hati kalian, aku tak pernah bermaksud tuk lakukan itu mungkin aku terlalu naif dengan kata hati aku dan segala apa yg terkeluar dari mulut nie, perbuatan or what so ever dah TERsakitkan hati kalian.maaf.

and dearest to my heart,
i am sorry i have hurt u again and again. aku dah cuba lakukan yang terbaik tuk kamu tapi maaf i have hurt u once again. 


kalau lah luka kat hati boley tampal pakai plaster then boley sembuh macam tu je kan senang :')

Tuesday, May 22, 2012

terima kasih

kredit to my ayah yang dah berusaha dapatkan kerja aku sekarang nie yang konon nya dulu mati-mati aku taknak duduk and kerja kat sini . mau tidak bukan jiwa aku lah konon dengan kerja sekarang nie bawah Jabatan Agama Islam then Manjung bukan lah tempat yang ada banyak hiburan like my own place, Ipoh . so aku bayangkan hidup aku kat sini pasti dull dan yang paling pasti dan nyata boleh ke aku hidup kat tempat yang sebegini? at first memanglah jadi halangan nak mulakan hidup baru kat tempat orang yang aku takde sesiapa kat sini. oh my ! menangis malam-malam aku kat sini kalau nak jadikan cerita derita sungguh lah konon hidup aku kat sini but then sekarang Alhamdulillah semua Allah permudahkan segala urusan aku kat sini . environment kerja pun aku dah boleh nak adapt slowly kerja pun dah semakin serasi dengan aku . thanks to my ayah yang bersusah payahlah sangat kan dapatkan aku kerja bawah kerajaan negeri nie .

ramai je yang cakap kalau dah dapat kerja dengan kerajaan jangan lah lepaskan peluang tuh sebabnya ramai yang tengah beratur duk tunggu panggilan temuduga nak terima jawatan dalam kerajaan nie . even jawatan aku sekarang bukanlah apa yang aku nak kan and bukan ikut kelayakan aku yang tak berapa nak tinggi tuh jugak kan. actually my dream kalau pun dapat kerajaan aku nak lah badan beruniform segak bukan ?! :p tapi memandangkan ayah pesara askar then dia tahu banyak peritnya kerja seumpama itu maka dengan selamba dia  tak pernah setuju kalau aku nak masuk badan beruniform nie. huhh. !! tapi memang pun ramai je yang gelakkan aku kalau aku cerita yang aku nak masuk tentera . lembik sangat ke aku nie kat mata korang hah ? helloooo see my leg la sia-sia je duk bela keting nie bagi tuff hahahh.. 

tapi tak kesah lah even lepas nie kerja aku hanya boleh aku berbaju kurung bertudung siap, sopan bukan ? dengan harapan ayah yang konon-konon nak aku jauh dari semua orang nie aku boleh berubah to be more positive . :D i will ayah . thank you so much for brought me here . ada jalan yang pasti buat aku kat sini . (tapi sedih jugak sebab dah tak boleh nak berkorprat lagi lepas nie. kesian all my slack and kemeja bila pulak nak pakai tuh ?) tapi macamana pun aku tetap macamnie . i am not hipokrit tuk jadi orang lain. ain is still ain babeh! :D

cheers >,<

Friday, May 18, 2012

si putih


oh pity my si utih semalam lagi mak dah call bagitahu yang my manja-manja si utih nie demam panas. mak suruh balik cepat bawak dia pergi klinik. aku pun terasa sakit sekali kalau dia pun sakit. demam rindu sangat nie kot maklumlah aku pun dah lama tak balik rumah mak. selalu kalau aku balik dia mesti melompat kat aku konon-konon menyambut aku balik lah kira nya kan. tidur kompem-kompem nak tidur celah ketiak aku tapi memandangkan aku tak tahan dengan bulu-bulu si meow meow nie (resdung semakin menjadi-jadi) so aku pun kurang nak manja-manja kan si kecik nie. pagi nie mak call lagi bagitahu keadaan dia hari nie pulak. nie yang cepat-cepat rasa nak balik nie. nak suruh mak yang bawak kan tapi medical card diaorang nie ada kat aku. so kena jugak tunggu aku balik bawak sendiri pergi klinik. 


ini time bukan lakonan real okeh! dah tak sedar lepas aku telan ubat selesema 2 bijik punya dah tak tahan flu kan sampai dah tak heran pe jadi . see my si utih yang 'jaga' time aku tengah tak sihat tuh. manja bukan so caring la :D

now it is my turn pulak :)

Tuesday, May 15, 2012

WATCH

bukan tengok tapi jam . since my feveret jam dah putus (screw tercabut) so sekarang tengah riki-riki jugak nak jam yang baru gantikan yang dah putus tuh . sedih tau dah pergi banyak kedai jam nak betulkan pun tak boleh sebabkan aku dah buang screw jam tu masa aku pergi potong nak kecilkan saiz jam supaya muat-muat je dalam tangan nie bila pakai . dengan harapan boleh pakai lama sampai bila-bila so the balance dari sisa yang dah dipotong tu aku pun just throw away yelah nak simpan pun tak pernah lak terfikir nak putus kan .. damn! so bila dah pergi banyak tempat dia memang nak yang ori punya . dah buang !!! so meaning that nak kena beli jam yang baru lah nie ye . bosan bila pergi kedai jam yang konon berjenama bagai tapi design semua tak menepati citarasa aku . nak jam ? ( guess ) aku balik . T__T

tak kesahlah since dah mula meng-google tengok jam baru here some watches .



kalau jam Tissot nie tali dia macam jam Fossil kat atas nun mesti cantik . lepas nie nak jadi watch designer lah :D


tiba-tiba sekarang baru tau yang Lacoste nie ada keluarkan jam jugak . oh so outdated ! the above 2 so nice so hopefully ada lah nanti salah satu . tak sabar nak bling bling bling dengan jam baru . 

ka ching ka ching ka ching *bunyik mesin kaunter duit*  T__T

so for now aku pakai jam kanak-kanak je nak pergi kerja pun yang boleh touch skrin bagai nie tapi sayang takde lampu . bila time nak meng-adjust masa kalau dah lambat mula lah terkebil-kebil nak sentuh sana sini . leceh !


tapi bila google balik kenapa time beli jam nie takde plak yang kaler striking nie ?  



Monday, May 14, 2012

Bandung, Indonesia ??

yeayy lepas nie nak ke Bandung pulak . tapi yang tak yeayy nye sempat ke nak bersaving nie plan ke sana sure lah nak bershopping macam orang gila . bajet bajet bajet ! itu dah 1 hal yang menjadi masalah nye lagi the date yang member dah siap beli bukan booking lagi dah . 30 Oktober - 2 November 2012 (selasa - jumaat) hah nampak tak masalah yang timbul kat situ ?? dah lah memang susah nak apply cuti direct lebih dari 3 hari . so how ? 

now i am figure it out macamana nak handle situasi nie dah la beli siap-siap dah tiket tuh! *tarik rambut sendiri* 
pening-pening